Naah! Orang lain dah berjaman update via mobile, aku baru nak try. So wassap wassap takpayah nak wassap berasap sangat sebab aku nak cuba try test je menjadi ke tidak post entry ni. Kasihannya daku -.-
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Selasa, Mei 01, 2012
Ahad, April 29, 2012
Kampungku Sayang
Jadi, Sabtu lepas atau semalam sebenarnya aku join program Tautan Kasih UiTM. Apa pasal aku join, pasal aku kena penalti tak pergi atau ayat lainnya ponteng induction FPP. Jujur betei aku meluahkan. Jadinya jangan contohi aku walaupun sebenarnya aku bukan ponteng sangat tapi malas nak kasi alasan dan mc (baca : emsi) aku redo je nama masuk list Tautan Kasih.
Mulanya aku difahamkan melalui risalah, ini program anak angkat 3 hari 2 malam. Tapi last minit risalah kata, ye risalah berkata-kata program jadi sehari je. Fuhh selamat sebab tak pernah join program anak angkat plus mak angkat pun tak pernah ada, aku khuatir aku kekok. Then, pagi cuma dengar ucapan Menteri Melaka then gerak ke Kampungku Sayang. Kampungku Sayang bukan kampung aku tapi memang nama kampung tu Kampungku Sayang, Melaka.Seriously nama-nama tempat kat Melaka sangat unik. It was like, hai marilah ke kampungku sayang~ Pandai-pandai alter nada sendiri.
Yang aku suka pasal kampung kat Melaka ni rumah tradisional dia. Memang betul tradisional. Biasa tengok tangga rumah Melaka. Sempat jugak aku melawat satu rumah penduduk Kampungku Sayang. Dari jauh dah nampak dah rumah ni menyerlah. Colourful. Tapi hmm ghairah sangat tak sempat snap full house dari luar.
Ini cuma replika rumah kecil yang ada kat ruang depan. Taktau kenapa, tapi aku memang suka tengok rumah klasik macam ni. Kalau boleh *cough cough*, aku nak mintak laki aku *cough cough*, silap, bakal laki aku *cough cough* bina sebuah rumah klasik papan macam gini tapi nampak mewah pun cukup as hantaran *cough cough*
Kendian, dalam rumah tu mata aku tertangkap dengan barang-barang lama yang diletak kat ruang tamu. Snap sana sini sikit buat simpanan, apalah nasib gambar pun nampak lama sebab pakai phone yang megapixel pun hmm dengan bantuan sedikit PixTrix.
Barang lama, orang tak berapa nak lama doploh tahun je. JE.
Haa, ini frame gambar rumah ni dari luar. Kau mampu nak framekan gambar rumah sendiri ? Mestilah mampu sebab rumah hampa memewah. Rumah ni pun aku tengok kt dinding ruang tamu banyak sijil-sijil kira macam rumah contoh lah kot. Atok nenek tuan rumah pun mesra, slumber je nenek tengah kupas ikan bilis lepak dengan atok kt beranda luar. Comel.
Itu jelah kot yang menarik. Aktiviti lain cuma gotong royong kawasan, edar borang kaji selidik kat beberapa buah rumah, macam menziarah lah. Malam cuma dengar ucapan menteri dengan rektor lepas habis malam tu jugak aku cabut balik Klang. So, now aku kat Klang yaw cuti yaw sampai rabu. Haihh cuti tambahan lagi padahal tengah cuti mid-sem kot minggu lepas. Apa lagi nak bising ? Balik rumahlah. Mohon kepada bakal *cough cough*, perasan aku mensi kau kat bahagian tengah entry ni. Tapi aku taktau siapa kau wahai bakal *cough cough*. Sekian.
Selasa, April 24, 2012
Memories!
Biar jauh berkilometer, biar tak jumpa bertahun lama tapi dapat lepak sehari dalam bertahun tu paling cukup. Makan, ketawa, tercekik, ketawa, borak, ketawa, amek gambar, ketawa. Serius gua sayang lu orang.
Ahad, April 22, 2012
Terlebih terkurang.
Lebih kurang pukul dua pagi setengah lebih sikit. Mentang-mentang cuti segar mata sampai subuh pun boleh cuba kalau suruh baca law mata macam gini tak ke disayangi sikit. Adatlah, buku ubat tidur paling mujarab. Bukan semua buku, selalu buku sekolah. Novel tak pulak. Syaitan punya kerja semua ni huh!
Aku nak feeling - feeling kejap ni bukan selalu kadang - kadang je pun.
Feeling cinta ? Bukan.*berlatar belakangkan lagu Acha Septriasa feat IrwanSyah tapi aku lupa tajuk lagu apa*
Mood midesem memang tengah membuak tapi dalam masa yang sama berdebar sangat yang bermaksud after midsem confirm banyak assignment kena submit dengan test dan paling mustahak final exam. Hari - hari muhasabah diri sebelum tidur tapi lepas bangun tidur jadi anak dugong balik terlentang depan tv sambil kunyah cekelat adik beli. Paling tidak kalau insaf sikit adalah stay meja study tu study enam jam kaligus tapi memang jarang lah sebab tulah anak dugong kan. Penat enam jam konon rehat kejap setengah jam terus jadi sampai esok. MasyaAllah.
Sekeliling pun jadi faktor. Hmm faktor apa tu takpayah cerita biar aku simpan dan muhasabah diri lagi supaya bersabar banyak banyak banyak nak hadap sekeliling. Nampak banyak mana aku kena bersabar tu ? Fahamilah ia.
Enam jam sangat study. Cuba tengok sikit.
Bila-bila nak berdugong naah terjun kebelakang terus.
Khamis, April 19, 2012
Sabtu, April 14, 2012
Berderau.
Aku sedang di sebuah bilik kecil.
Seorang diri, dan aku takkan ajak orang temankan aku.
Aku nak lepaskan segele-gelenya.
Namun, aku termenung, mengenang nasib.
Sedang aku leka.
Tiba-tiba....
Seorang diri, dan aku takkan ajak orang temankan aku.
Aku nak lepaskan segele-gelenya.
Namun, aku termenung, mengenang nasib.
Sedang aku leka.
Tiba-tiba....
Aku terlihat bayang dari sudut bawah pintu.
Dengan tak semena - mena jantung aku berdegup.
Laju.
Dalam kepala otak aku cuma fikir ada orang mengintai.
Aku cuma nampak bayang dari bawah pintu.
Entah bayang apa.
Aku fikir nak bangun dan lari.
Aku bangun dan cuba dekati pintu.
Perlahan - lahan.
Berdebar gila.
Tiada senjata walau sebatang lidi pun di bilik kecil ni.
Apatah lagi kayu.
Macam mana aku nak lawan.
Bayang tersebut tak bergerak, cuma sedikit.
Jadi aku memang fikir orang mengintai.
Aku tunduk ke bawah.
Rupanyaaaaaaaaa....
Kucing!
Masih berdebar
Sambil tersenyum.
Bagaimana kalau apa yang aku sangkakan benar.
Fuhh!
Suatu ketika dulu. Begini juga.
Aku terlihat kelibat.
Di celah - celah.
Aku sangka kelibat pokok bergoyang.
Aku buat bodoh.
Aku toleh semula.
Sepasang mata! Beralih.
Dia lari!
Aku terdiam.
Lama aku terdiam.
Sabtu, April 07, 2012
Hmm
Aku nak edit blog.
Tapi aku tak reti!
Asyik-asyik tukar background hitam, putih, bebunga.
Kejadah.
Tapi aku tak reti!
Asyik-asyik tukar background hitam, putih, bebunga.
Kejadah.
Langgan:
Catatan (Atom)
















