Isnin, Februari 27, 2012

Nice Sunday.


Ahad yang baik. Semalam. Yang aku tau aku nak keluar ambil baju kurung tempah yang dah siap then dapat tau kat SACC Mall ada Jelajah abpbh. So aku dengan dak Piqa Miya lepak sana makan dulu yang mana aku makan tak habis sebab spaghetti dia punya sos tak sedap sebab over tomato yang masam sebab aku tak gemarkan tomato sebab aku lapar aku makan makan jelah mee dia je dan aku rasa sedih dah membazir dan aku taknak makan situ lagi hanya disebabkan satu menu. Fuh

You know what! Eceh. Aku nak tengok Izara Aishah je diikutkan. Hakhak. Nak tunggu sampai habis tak larat der. Nak snap gambar dengan artis kena bayar uolss and iolss tak kuasa lah so iolss menggelabah berdiri belakang guard nak candid gambar Izara.

Ada Izara Aishah, Rozita Che Wan yang gila cun, Adam, Forteen, Awi Rafael, Shila Amzah, Along RajaLawak, Fafau, Ija dan lain lain. Semua gambar yang sempat aku tangkap sangatlah candid dan sangatlah nampak yang aku berdiri belakang guard. Ah benci maka malas maka aku balik. Disebabkan aku suka emosi drama Vanilla Coklat dan juga kagum dengan ke-cun-an Rozita Che Wan, aku letak gambar dua orang ni je. Ahak






Lepas itu sebelum balik, sempatlah pergi event Akar KukuBesi kat Galeri Shah Alam sebab dekat je seberang jalan. Mulanya nak lah pusing seround dua kat sana taaaapi aku punya malu ni tahap mangang kuasa dua bila tak kenal sesiapa jadi aku cuma jalan straight sampai jumpa buku Lejen Press, terbeli sepam dua buku yang aku memang nak lepas tu duduk kejap lepas tu aku balik. Seddih! Tapi masih nice. 




2 apa ?:

Dhia BellamiZam berkata...

pergh..jmpe retiss siot..jeles aq

Athirah Medan berkata...

Dhia BellamiZam : Hahaha tengok artis lalu je pun. tssk